Sabtu, 25 November 2017

Alas meja terpanjang yang anak2 shadan hasilkan

Assalamualaikum hari ini nak share gambar granny square untuk alas meja...

Alas Meja ni kami buat panjang-panjang untuk menyertai Malaysia book of record . ...sebelum kami hantar untuk di cantumkan dengan alas meja crocheter lain kami selfie2 dulu dengan alasan meja kami πŸ˜‚πŸ˜‚

Oh ya nak tau dekat mana kami ambik gambar ni???
cantikkan laut dekat belakang tu...kalau nak tau lagi, laut kat belakang tu belum tercemar lagi...dan ianya belum pernah di kunjungi oleh orang2 luar kecuali orang tempatan....sebab ianya tersorok...

Laut ni berdekatan dengan kampung halaman kami yakin itu tenggaroh Mersing....Dan laut ini kawasan sedeli..kota tinggi...

Mersing dan kota tinggi sebelah2...tenggaroh pulak tengah2 antara Mersing dan kota tinggi..... kenapa di namakan tenggaroh?? sebab masa zaman dulu ada seorang cina mahu ke tenggaroh....

Bila orang tanya"apek mahu ke mana?"
Apek itu jawab "haiya  mahu ke tengah2 lo......"


Tenggaroh berasal dari perkataan "tengah2 lo...."


Aik cerita pasal  kampung halaman pulakπŸ˜… ok Jom cuci mata dengan gambar2 yang telah kami tangkap.....😍












Alas meja terpanjang di Malaysia (Malaysia book of record)

Alhamdulilah setelah sekian lama mengait alas meja ni akhirnya hari yang di nanti -nantikan tiba juga...

Kami handmade  by binti shadan's crochets juga menyertai acara ini...

Alas Meja Crochet terpanjang di Malaysia sempena Festival Kraf Antarabangsa Kuala Lumpur (KLICF) 2017 Di adakan di Dataran Putrajaya hari ini.

 ianya berjaya memecahkan rekod setelah mencatat 783 meter berbanding sasaran awal 500 meter.

Dalam ramai2 kami adik beradik hanya zila dan raihan yang dapat hadir ke acara ini...dapat kenal2 sahabat2 sehobi yang selama ini kenal hanya di Facebook sahaja 😍





Minat saleh pegang alas meja


Sukarelawan memegang alas meja


Penyerahan sijil mbor (Malaysia book of record )




Selasa, 15 Ogos 2017

Hasil Tangan Bonda ( Tissue Box Cover)

Assalamualaikum
Salam ceriaπŸ€—πŸ€—πŸ€—πŸ€—

Tbc hasil tangan emak kami Puan Siti Zaharah😍😍

Sebenarnya sudah lama emak meninggalkan dunia kait mengait ni disebabkan tuntutan tangungjawab yg besar.. Membesarkan anak yang ramai 12orang (5 lelaki 7 perempuan) membuat emak melupakan hobi semasa zaman remajanya😊😊.. Sekarang bila anak2 sudah dewasa emak kembali dgn hobinya..Dan sekarang menjadi hobi dan bisnes anak2 perempuannya 😍😍😍

Mungkin ada yang sudah mengetahui dan mungkin ade tidak yg emak mengajar kami basic kait dari umur 10-12tahun.. Jadi, kepada kawan2 yg pandai mengait ambillah peluang untuk mengajar anak2 kita mengait..Walaupon hanya bacis..Mungkin buat masa ni anak2 xminat..tp akan dtg anak2 akan tahu betapa manfaatnye kemahiran ni😍😍

Jom kawan2 cuci mata hasil dari tgn emak kami.. Insya Allah di masa dtg kami akan menyediakan tutorial tbc.. Terima Kasih Melawat Blog Kami..Semoga anda semua terus sukses..Amin

Salam Sayang,
Zila Shadan Crochet
Anak ke 6 Puan ZaraπŸ˜„




Jumaat, 7 Julai 2017

Bunga telur kait

Assalamualikum.. lama tidak bersiarankan... Rindu tak kat kita?? hihi
Dah baca tajuk entri kali ni?? BUNGA TELUR KAIT wow!! baca pun dah tertanya-tanya macam mana agaknya ye?? tak pernah dengar pun,tak pernah nampak pulak selama ni πŸ€”πŸ€”

Biasa kalau dengar pasal KAIT  mesti tergambar barang-barang baby,kasut,topi,baju... tak pun tergambar alas meja,alas tv atau cover tisu... kan...kan... kan... betul tak??

Zaman sekarang KAIT-KAIT pun dah ada nafas baru tau... lebih cun dan lagi meletop jah...πŸ˜‚

Ok mula2 team binti shadan buat bunga telur rose... masa majlis berlangsung wow!! jadi rebutan jah oi.....!

Niat buat bunga telur kait rose tu untuk pehak lelaki...tetapi bila tetamu yang datang tengok bunga telur tu atas pelamin masing-masing geram...

Ada yang merayu-rayu.. nak kan bunga telur kait rose tuπŸ˜…
Last-last pehak lelaki bawak balik bunga telur rose tu dah hilang berberapa kuntum hihi
Sewaktu bunga telur kait rose dalam proses

Masa nak dekat-dekat majlis

Bila di fikir-fikirkan balik bunga telur ni fresh ideakan?πŸ˜€.. dan bunga telur pun bukan setakat majlis perkhawinan saja,tetapi majlis pertunangan,aqiqah dan lain-lain... maka dengan itu kami terfikir, kenapa tidak kita tidak mempelbagaikan pattren bunga telurkan? dan orang lain belum buat lagi, kita buat la kan.. maka terhasil la bunga telur pattren bunga telur tulip dan bunga telur bunga kertas..jom saksikan bunga-bunga telur tu di gambar di bawah πŸ˜€







Masa niTengah kait bunga tulip

Bunga telur tulip dalam proses 😍

Jom saksikan bunga telur kait 'bunga kertas' pulak..




Bunga telur 'bunga kertas' dalam proses

Bukan senang nak kait tau.. kena kait dengan dawai2 sekali..kena kait sekeping2 baru cantumkan πŸ˜‚



Lama-lamakan kami terfikir lagi...kalau bunga orang dah biasakan... apa kata kita buat dari yang lain..ok siap antara kita minat hello kitty?? mesti ramaikan?? kadang-kadang tu ada setengah orang memang minat giler2 dengan hello kitty.. maka...... dengan itu terhasil la bunga telur hello kitty.... 

what?? bunga telur hello kitty buat majlis perkhawinan?? 

Kenapa? ingatt takde orang nak guna ke bunga telur kait hello kitty??

Sayang-sayang semua..bunga telur hello kitty ni biasa di gunakan semasa majis aqiqah.. dan yang kami katakan'fresh idea' dan bunga telur hello kitty jadi rebutan!!
Ok taknak ngomel panjang2 jom cucu mata dengan 'bunga telur hello ktty!😍
i



Ha dah saksikan nak tanya meletop tak bunga telur kami?? meletopkan!! meletop kebabom bom bom bom!! eh macam bunyi mercun dan rasa nak raya puak 😁😁 biasa time raya la orang buat majlis kahwin dan lain2 sbab masa tu la semua tengah cutikan.....
Ok la ini saja entri kali ni.. kalau nak oder bunga telur yang meletup whatspp raihan 019 735 9115

Sabtu, 29 April 2017

KOPIAH KAIT

Assalamualikum selamat malam...tengah buat apa tu..?kami??
Kami tengah kait kopiah untuk tempahan puasa dan raya...penat kejap ni yang dok menghadap tab sambil update blog πŸ˜€

Kali ini kami nak cerita pasal #kopiah kait..
Biasa orang akan mencari kopiah kait bila tiba musim puasa dan raya....maka ramai la tukang mengait dapat job....termasuk la kami πŸ˜‚πŸ˜‚

Alhamdulilah tempahan kopiah kait dah mula masuk...rezeki namanya....

Haaa!!!! Yang awak tu....yang dok baca blog kami ni, kalau nak tempah kopiah kait untuk:
                    -ayah
                    -abang
                    -adik
                    -suami
                    -anak2

-kopiah untuk raya
-kopiah sepasang ayah dan anak
-kopiah untuk di wakafkan
-kopiah untuk di dermakan di rumah anak2 yatim
-kopiah untuk di bagi pada Ahli masjid

Jom tempah  cepat2 sebelum tempahan penuh...jangan lambat tau....rugi.
Ni nak sertakan harga semasa kopiah kait
Harga tahun 2017

HARGA KOPIAH
Inci    saiz   harga
0-17    S       RM25
18-20  M      RM30
21-22  L       RM35
23-24  XL    RM4O

sekiranya banyak corak tambah rm5/rm1o untuk setiap saiz




TETAPI!!! ada tetapinya hihi ada di antara kami sedang menjalankan PROMOSI tau...ha tungu apa lagi....cepat2 la tempah πŸ˜‚


Sebelum tu jom tengok gelagat CUCU2 SHADAN melaram dengan kopiah masing2










Untung la...guna model free je....model anak masing2 je πŸ˜‚πŸ˜‚

Ok jom lihat kopiah y telah di hasilkan..










Ok di sini kami sertakan no hp kami..
Raihan- 0197359115 (kulai)
Zila-0137993307  (kluang)   
Aina-0137643415(kota tinggi)
Daya-0109356698 (mersing)